Streamster adalah perisian yang kamu perlu muat turun danpasangkan pada komputer kamu untuk menggunakan perkhidmatan marketiva. Bila kamu muat turun dari http://www.marketiva.com/index.ncre?page=downloads kamu perlu pasangkan perisian ini di komputer kamu dan gunakannya untuk mengakses perkhidmatan marketiva.
Streamster menggunakan piawai-industri 128-bit SSL (Secure Sockets Layer) untuk mengenkrip komunikasi antara kamu dan Streamster server. Streamster melindungi rahsia kamu dengan mengenkrip apa-apa atau semua data yang kamu terima dan hantar antara Streamster dan pelayan Streamster, dan dengan mengesahkan pengenalan Pelayan Streamster sebelum apa-apa komunikasi dibuat.
Setakat ini streamster menyokong secara langsung Windows 98 / ME / 2000 / Vista / 7. Ada versi sedang dibangunkan yang boleh digunakan melalui simulator Wine di Linux atau sesetengah pengoperasi sistem Unix, tetapi belum ada versi keluaran pada masa ini. Jika kamu ada Mac OS, kamu boleh gunakan pensimulator PC.
Untuk membaca lebih lanjut tentang Streamster, sila pergi ke halaman http://www.marketiva.com/index.ncre?page=streamster-help.
Marketiva menawarkan beberapa penunjuk atau indicator yang boleh mingkatkan kecekapan urusniaga kamu keperingkat yang tinggi. Kamu boleh dengan mudahnya menggabungkan penunjuk berdasarkan model matematik yang berbeza untuk mendapatkan hasil urusniaga yang terbaik.
Mambaca carta: pada sudut sebelah kanan atas tetingkap carta [Charting], kamu boleh lihat ID instrumen pasar dan skala masa. Paksi-x merujuk kepada tarikh dan masa sementara paksi-y merujuk kepada harga instrumen yang dipilih. Pergerakan harga instrumen boleh di pamerkan dalam beberapa bentuk, seperti lengkok atau curve, bar dan lilin atau candlesticks yang tersebar dari kiri ke kanan.
Klik pada lekuk penunjuk atau indicator yang kamu hendak edit atau hapuskan. Bila tingkap di sebelah kiri tetingkap carta [Charting] muncul, kamu boleh tukarkan parameter penunjuk atau klik [Remove this indicator]. Untuk menghapuskan semua penunjuk daripada carta: klik-kanan pada tetingkap [Charting] dan pada konteks menu klik [Indicators] kemudian [Remove Active Indicators].
Untuk memantau labih daripada satu carta pada masa yang sama, kamu perlu klik-kanan pada carta yang ada dan pilih [New Charting Tab]. Bila carta baru kelihatan, kamu boleh klik pada tabnya dan heretnya ke tempat yang kamu suka. Kamu kemudian boleh simpan/save konfigurasi itu di koleksi carta, jadi kemudian kamu boleh buka carta itu dengan cepat.
API Streamster ialah aturcara aplikasi mudah tetapi berkemampuan tinggi untuk mengakses perkhidmatan Marketiva melalui protokol piawaian industri SOAP, yang mana secara praktikal menyokong semua platform secara meluas, termasuk PHP, Visual Basic, C#, C++, Java dan banyak lagi bahasa pengaturcara dan platform. Tidak perlu memasang perisian tambahan kerana servis SOAP telah sedia terbina di dalam Novativa Streamster. Anda hanya perlu log masuk ke akaun anda dan klik butang <Setting> Di bawah tab [Advanced], pilih kotak [Enable web servise API] dan klik butang <OK>. Untuk informasi lebih lengkap mengenai API Streamster, methods, structures dan contoh kod aturcara, sila lihat laman http://www.marketiva.com/index.ncre?page=api.